Saturday, January 22, 2011

Aku Seorang Loser

Lagu ni aku tujukan kepada diri aku sendiri, dan orang-orang yang senasib dengan aku.
Beck - Loser
 

Aku seorang yang loser. Loser dalam dictionary maknanya orang yang selalu fail, gagal, kalah dsb. Aku ngaku, aku selalu gagal. Gagal nak ngorat awek, gagal nak score dalam exam sebab aku ni pemalas, dan bermacam-macam perkara lagi yang aku gagal. Lagi satu, aku selalu kalah. Kalah main bola, aku tak tau kenapa padahal member aku cakap skill aku main bola cam Christiano Ronaldo, kalah lumba lari (sepanjang hidup aku ni, cuma sekali je aku menang. Tu pun sebab aku main tolak-tolak orang) kalah pertandingan, kalah gaduh dsb. 

Aku tak tau la kenapa aku ni selalu je kalah. Dan gagal. Padahal aku tengok orang lain lebih banyak menang dari kalah, tapi aku terbalik. Oleh kerana aku ni seorang loser di realiti, maka aku mencuba basib aku di alam maya yakni internet. Aku buat la akaun facebook. Aku kalau boleh malas je nak buat facebook ni. 

Aku pun add la mana-mana orang yang aku jumpa. Aku pun ada la jugak add member-member aku. Tapi sayang, nasib tidak menyebelahi aku. Aku nak chat ngan awek, tidak dilayan. Aku tulis status gempak-gempak, takda sapa komen. Kalau adapun sebab nak kutuk. Fuck aa...aku tetap seorang loser. Mungkin sampai bila-bila aku akan jadi loser. Loser yang berjaya.

"I'm a loser baby, so why don't you kill me?"
-Beck, Loser

3 comments:

  1. ilek a bro, hidup mesti dteruskan

    ReplyDelete
  2. idup aku lebih kurang cam ko gak......hahahaha

    ReplyDelete
  3. cam syial jer blog ni lol sbb lawak giler..

    kalau ko rasa loser, jom kawan ngan aku kat http://codenullblade.blogspot.com/

    ReplyDelete